Aku fikir, aku tak cukup best untuk menulis perihal Islam, jadi aku akan menulis falsafah Buddha.
Buddha menyatakan yang manusia dibelenggu kesengsaraan demi mengejar nafsu sendiri. Nafsu dalam konteks ini, aku kira, bukan saja nafsu serakah, amarah mahupun nafsu lain yang tidak mempunyai nama yang cool dan popular.
Nafsu juga, secara keseluruhannya, merujuk kepada keinginan manusia untuk menjadi 'lebih'. Mengejar kejadian yang 'lebih' ini telah menyebabkan manusia melakukan pelbagai perkara yang akhirnya mendukakan diri sendiri.
Perkataan sanskrit 'dukkha' merujuk kepada kewujudan dan kehidupan dalam dunia. Dalam erti kata lain, kehidupan itu sendiri adalah 'dukkha' - satu keadaan yang memeritkan. Sungguh emo sekali, tetapi itulah hakikatnya.
Buddha berkata yang manusia mampu menjadi gembira, sekiranya insan itu berjaya membebaskan dirinya daripada belenggu nafsu.
Beliau berpendapat hidup mengejar nafsu adalah hidup yang sia-sia, manakala mereka yang memilih untuk hidup dalam kesengsaraan juga agak bodoh. Buat apa hendak menyakitkan diri sendiri?
Buddha percayakan jalan tengah, dan bukannya berlawan dengan nafsu, tetapi mengiktiraf yang nafsu itu ada dalam diri kita semua. Buddha sebenarnya mengajar kita semua supaya menerima kehadiran nafsu, agar kita tidak dikawal atau dipandu olehnya.
Pada masa yang sama, amalan fizikal mestilah sentiasa baik agar kefahaman dalaman tidak diganggu-gugat oleh mainan luaran yang hanya mengacau.
Okay, masa untuk onani!