Monday, November 1, 2010

Almanak Masakan Bumi dan Langit: Penghisap Siput

Hari ini adalah hari pertama aku mengasingkan diri dari dunia kepahlawanan (aku cuti dua minggu), jadi aku pergi ke Brickfields untuk mencari Restoran Puteri, tempat asalnya Siput Sedut Penghapus Dewa.

Dikatakan yang SIput Sedut Penghapus dewa mendapat namanya apabila seorang dewa pergi makan di Restoran Puteri. Setelah makan hidangan Siput Sedut tersebut, dewa itu mati. Maka, Siput Sedut Penghapus Dewa!

Mencari Restoran Puteri agak sukar, kerana aku tak ingat sangat jalannya. Terpaksalah aku bertanya jalan.

Aku: Akulah Tok Sukaria daripada Kumpulan Sukaria, yang sebahagian daripada Pakatan Bersepuluh! Aku mencari Restoran Puteri!

Mamat India: Restoran Melayu ke?

Aku: Hm!

MI: Kat sini, semua restoran India saja. Restoran atau kedai Melayu tak ada.

Aku: Ahhh! AKu tau Restoran Puteri ada di sekitar sini, dan aku takkan berhenti mencari sampailah aku dapat merasa kembali kehebatan Siput Sedut Penghapus Dewa! Ahhhh!

MI: Aiyo, brader, boleh tak kalau jangan praktis hikmat kat sini?

AKu berjalan, dan berjalan. banyak dugaan yang berlaku sepanjang pencarian aku.

Pekedai: Kuih Cincin! Maruku! Kuih Cincin!

Aku: Alamak! Kuih cincin, atau kuih gelang atau nama rasisnya, Kuih Taik Telinga K___! Ini memang kuih yang sedap, dan mampu mengakibatkan kencing manis! Ahhh! Siput Sedut Penghapus Dewa!

Akhirnya, dengan bantuan Kumpulan Kelawar Hitam, aku sampai jua ke Restoran Puteri.

Aku: AKulah Tok Sukaria daripada Kumpulan Sukaria, sebahagian Pakatan Bersepuluh! Keluarkan Siput Sedut Penghapus Dewa kau! Huh!

Pekedai: Maaf. Siput Sedut Penghapus Dewa hanya tinggal sikit, dan hanya boleh keluar dengan ditemani Udang Masak Petai Tidak Berbatas.

Aku: Cayalah! Bawak keluar kedua-duanya!

AKu pun makan Siput Sedut Penghapus Dewa dan Udang Masak Petai Tidak Terbatas. Siput Sedut Penghapus Dewa memang tawar sedikit, sambil Udang Masak Petai Tidak Terbatas sedikit masin. Apabila bergabung, maka tercetuslah MahaKuasa!

Aku: Wah! Sedapnya! Hou! Hou! Hou! Cayalah!

Pekedai: Apa dia?

Aku: Rasa tawar, masin dan lemak yang tercipta dan diserap oleh nasi memang hebat! Petai yang masak pula menambah elemen keempat yang memang hebat! Udang tak dapat ditahan, Siput tak dapat diduga! Ini memang hidangan yang mampu menghapuskan dewa! Tidak Menyesal Membunuh Dewa.

Penyerang Misteri: Ahhhh! Pergilah mampus! Tok Sukaria jahanam! Siput Sedut ini bukannya hebat sangat!

Aku: Siapakah gerangan yang berani mencabar aku ini?

Penyerang Misteri: Aku.

Aku: Mou Lan Ciao?

Pekedai: Siapa dia ni?

Aku: Adik seguru Mou Ming (Tanpa Nama) dan Po Jun. Mou Lan Ciao, sebab utama kenapa Mou Ming mengasingkan diri dan membuang namanya.

Imbas Kembali Kisah Dahulu

Terpisah daripada isterinya, Mou Ming bermalam dengan Mou Lan Ciao. Kerana keterlanjurannya, Mou Ming membuang namanya dan berkelanan ke serata tempat. Oh,
isterinya juga membunuh diri apabila mendapati Mou Ming biseksual.

Tamat Imbas Kembali

Pekedai: Habis, apa yang dia nak?

Mou Lan Ciao: Aku akan musnahkan Siput Sedut Penghapus Dewa!

Aku: Hmph. Aku akui. Ada beberapa ekor siput yang masih belum masak sepenuhnya, dan kehebatan Siput Sedut Penghapus Dewa ini hanya sampai ke tahap 80% Kuasa Tahap Kesempurnaan, namun dalam Dunia Kepahlawanan Masakan, adakah hidangan Siput Sedut lain yang mampu melawannya? Lagipun, pelayannya bagus. Oleh itu, aku akan mengurniakan perlindungan kepada Siput Sedut Penghapus Dewa dan Restoran Puteri.

Mou Lan Ciao: Tok Sukaria, kau berani?

Aku: Kalau takutkan Penjejak Awan dan Penjejak Badai, jangan berumah di tepi pantai.

Mou Lan Ciao: Kau...

Aku: Dengan ini, aku isytiharkan yang Siput Sedut Penghapus Dewa adalah hidangan Siput Sedut terhebat di KL dan Wilayah Persekutuan!

Mou Lan Ciao: Ahhhhh!

Aku: Mari aku deklamasikan puisi

Melihat siput-siput dan udang-udang yang bergelimpangan di medan tempur,
Badan bercerai dari cengkerang,
Aku minum teh tarik sambil menyanyikan lagu
yang boleh menyampaikan kesayuan seorang jaguh handalan.


Mou Lan Ciao: Ugh! Tak rhyme pun! Ahhhhh!

Aku: Rhyme, kalau dalam Bahasa Cina.

Aku: Laut membelah pantai, syurga ketawaaaa.
Melihat dunia, bermasalah. Marilah minum, hilangkan duka.
Laaaa lalala la laaaa. La lalala la laaa


Mou Lan Ciao: Ahhhh! Aku takkan lepaskan kau, Tok Sukaria!

Aku: Hm! Cacing hendak menjadi naga. Tetapi, kau sentiasa boleh mencuba.