Aku amat-amat sibuk dalam masa beberapa minggu ni.
Aku dah letak jawatan kat tempat kerja aku dan sekarang hanya tunggu hari terakhir, juga bayaran gaji akhir aku.
Sambil tu, aku dah start buat projek-projek yang harapnya boleh menampung hidup aku selepas ini, sebagai seorang pekerja freelance. Aku juga mahu menumpukan lebih masa dan usaha kepada kompeni penerbitan komik aku - Maple Comics.
Selama ni, aku rasa macam Matt Murdock - sentiasa bersalah - sebab tak menumpukan lebih usaha pada Maple Comics. Ada banyak benda aku nak buat dan aku dah nampak halatujunya. Ada beberapa pengumuman berita baik selepas raya, yang aku takleh ceritakan lagi.
Yang aku boleh cakap ialah pasal judul-judul yang bakal diterbitkan. Sebelum 2016 melabuhkan tirai, aku kira ada 4-6 judul lain, bermakna tahun ini sahaja, tahun kedua kami beroperasi, mungkin kami berjaya menerbitkan 10 judul dengan bilangan akhir 15-16 judul sepanjang 2 tahun beroperasi.
Tahun depan, yang dah confirm ada 5 judul.
Esok aku ada 4 meeting, 11am, 3pm, 7pm (berbuka) dan moreh event pukul 10pm kot. Balik rumah tulis skrip sampai kul 2am pastu tidur. Kot. Hari Sabtu, aku nak tido. Keje pun main hantar email je.
Dulu aku pernah kerja, 6 meeting sehari. So 4 meeting still okay buat badan yang dah makin tua dan nak mampus.
Aku nak rehat sebab lepas kerja menggila beberapa minggu ni, malam ni aku tak sihat sangat. Hampir demam, so aku lawan pakai ubat yang ada, tapi aku memang kena rest.
Ahad kalau ada masa, aku nak tido lagi, pasal aku perlukan rehat. Next week, aku kena jumpa dentist ari Isnin pastu maybe ada meeting petang tu, ada meeting pagi ari Selasa, meeting ari Rabu pagi, meeting/event ari Khamis tengahari, meeting ari Jumaat petang.
Minggu depan jugak aku nak register ahli Persatuan Alumni UM, pastu kensel gym membership aku (pasal PAUM punya clubhouse ada gym dan swimming pool), nak beli laptop, sambung buat keje video, settlekan skrip, settlekan permohonan itu ini, check aku dah abis bayar PTPTN belum (patutnya dah abis or tinggal sikit), settlekan urusan dengan LHDN dan bermacam-macam benda lain.
Aku akan bekerja sepanjang Ramadan menuju ke Raya, dan sampai lepas Raya. Raya tahun ni aku tak balik kampung buat pertama kali dalam masa 36 tahun. Aku raya kat KL.
Aku jugak nak start balik gym routine aku lepas aku dah abis keje kat kompeni lama aku. Aku ditawarkan bekerja kat The Malaysian Reserve betul-betul lepas aku kena sakit jantung (sebab kerja macam orang gila).
Lepas sakit jantung, aku memang rasa lemah dan tak mampu buat kerja macam dulu. Sekarang pun aku cuma at 60% capacity asal aku. The Malaysian Reserve memberi aku peluang beransur mengumpul momentum kerja. Boss yang bawak aku masuk, Shamsul Akmar, memang aku terhutang budi pasal bagi aku job tu.
Lepas 18 bulan dengan Reserve, aku rasa aku dah cukup biasakan diri dengan flow kerja untuk aku buat apa yang aku amat-amat suka - komik dan content dengan separuh kelajuan asal aku.
Ada banyak lagi benda lain aku kena buat. Aku sebenarnya dah fikir jadual aku sampai August 2017, tapi itu sebenarnya tak sihat dan tak cerdik. The future doesn't exist except as the present moment. Masa depan tak wujud melainkan sebagai detik sekarang.
Dan sekarang, aku nak tido sebelum sakit aku melarat dan aku out of commission.