Thursday, April 21, 2016

Ulasan Filem Ringkas: Redha (2016)

Tadi aku pergi tengok filem Redha. Aku masuk panggung dengan expectations yang paling rendah. Serendah Batman v Superman: Dawn of Justice.

Sebabnya? Filmmakers dia defensive kat social media. Rewan Ishak cakap sikit je, dia melenting, pastu ada orang lain kutuk filem pun dia melenting. Bagi aku, mana-mana filmmaker yang defensive pasal filem dia mendedahkan yang dia tak yakin dengan filem dia, maka filem tu mesti tak best dan banyak cacat-cela.

So aku masuk, bersedia untuk membenci filem ini... dan aku keluar panggung agak suka dengan Redha. Mungkin selepas menonton Batman v Superman, semua filem nampak lebih baik, tapi secara jujurnya, aku suka Redha.

Memang ya, filem ni banyak cacat-celanya di mata aku. Banyak babak yang cheesy atau kadang-kadang menjadi filem PSA pasal autism, tetapi secara keseluruhan, Redha ialah filem yang baik dan sesuai dinikmati manusia.

Aku suka lakonan Namron - pelakon skrin tempatan kesukaan aku - June Lojong, Nadiya Nissa, Remy Ishak, Harith Haziq, Izzy Reef, Ruminah Sidek, Susan Lankaster semua bagi persembahan yang secukupnya. Dia tak payah nak melampau sangat macam Lu Mafia Gua Gangster atau kebanyakan filem lain, diorang berlakon a bit subdued or understated kecuali semasa babak cheesy.

Even cheesiness dia kurang daripada Ola Bola yang super duper cheesy.

Hubungan Nadiya Nissa dan Remy Ishak juga tidak diterokai dengan penuh - satu pilihan bijak. kalau tetiba masa third act Nadiya dan Remy bercinta, aku akan kutuk filem ni sampai pagi esok. Mungkin sampai bulan depan.

Versi Aku:

Yang aku rasa terlepas peluang filem ini ialah kalau dijadikan filem sukan dengan twist atlet itu ialah seorang remaja autistik. Bayangkan kalau watak bapak dia ialah seorang perenang yang hampir masuk olimpik dan sentiasa mahukan anaknya menjadi perenang hebat, tetapi anaknya autistik.

Selepas akhirnya menerima keadaan anaknya, budak itu mula menunjukkan potensi sebagai perenang paralimpik. Gila habis Hollywood corny movie la tapi. Macam International Velvet.

Elemen ini ada dalam Redha, tetapi diselitkan di third act. Aku rasa third act itu boleh jadi satu filem dan memasukkannya di sini rasa terlebih panjang dan patut habis selepas timeskip itu sahaja.

In Conclusion

Kalau aku tulis panjang lagi, aku akan senaraikan semua benda aku tak suka, dan jugak benda-benda yang aku suka. Cukuplah kalau aku cakap, aku suka Redha dan aku harap korang pergi tengok sebelum tayangan habis mungkin hujung minggu ni.

Dan pedulikan omongan filmmaker dia yang mungkin jadi turn-off untuk sesetengah orang. Pergilah tengok dan nikmati filem ini dan juga jangan bercakap dalam panggung melainkan anda tak boleh kawal diri sebab ada Tourette's Syndrome.