Tahun Baru Cina lepas, aku balik kampung. Aku tengok bapak aku, yang sepatutnya pakai kerusi roda, masih cuba gagahkan diri berjalan perlahan-lahan. Aku geleng kepala, tapi nak cakap apa?
Walaupun dah kena stroke 4-5 kali, bapak aku masih boleh berjalan dan masih menyumpah Anwar Ibrahim bila dengar nama dia kat TV. Bapak aku penyokong kuat UMNO dan Barisan Nasional. Right wing gila-gila punya. Mati hidup balik pun dia tak akan undi pembangkang.
Ini menyebabkan aku selalu bertekak dengan dia, masa dia sihat dulu. Pasal aku neutral, dan kepada seorang penyokong parti politik, seorang yang neutral juga bermakna aku menentang. Sama la macam penyokong pembangkang yang sesuka hati fikir aku macai UMNO pasal aku Melayu dan aku tak buta tuli nak sokong pembangkang. Aku tengok isu, dan aku tahu bila pukimak politician ni semua menipu.
Aku jugak perhatikan yang pemimpin masyarakat yang sebenar - mereka yang benar-benanr membina komuniti mereka tanpa meminta ganjaran dan sogokan wang ringgit lama-lama akan jadi macam bapak aku. Takde langsung macam orang kaya-kaya dekat KL dengan rumah banglo kat Damansara Heights atau apartment RM50 juta kat KLCC.
Bapak aku telus, dan dia tak pernah bertukar sokongan. Tak macam skim penipuan pelacuran di KL ni. Ramai mereka yang menyokong pembangkang akan mula menjadi penyokong kerajaan yang gila babi sebaik disogok wang ringgit. Ramai ahli pembangkang sekarang bertukar parti semata-mata sebab sudah tiada peluang untuk merompak wang titik peluh rakyat biasa macam bapak aku kalau masih dalam Barisan Nasional.
AKu perhatikan dua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang sebagai benda paling hina dalam dunia.
Semasa aku datang ke KL pada tahun 1998, aku sedar dengan kekayaan si celaka-si celaka di sekeliling aku. Perompak-perompak wang rakyat yang datang daripada kedua belah percaturan politik - Kerajaan DAN Pembangkang. Semuanya anjing pukimak mak bapak dia dan babi sondol menyudu longkang, penghisap jubur profesional dengan bermulut busuk.
Pada beberapa kali dalam hidup aku, aku berfikir dengan serius - mahukah aku hidup dengan memiliki apartment The Binjai berharga RM50 juta? Mahukah aku ada drebar dengan kereta Bugatti Veyron?
Mahukah aku dihisap konek oleh gadis-gadis terdesak yang hauskan peluang untuk menjadi kaya raya, lantas berenang di kolam renang di dalam rumah di OneKL?
Jawapannya, ya.
Soalan kedua ialah, mahukah aku menghulurkan lubang jubur taikku untuk dijilat dan dijolok sama ada secara figuratif atau literal, nyata atau proverbial oleh watak-watak seperti Anwar Ibrahim atau yang lebih teruk lagi?
Sebab ini ialah jalan terpantas untuk menjadi kaya - menghulur jubur sambil lidahku ligat menjilat lubang jubur taik para ahli politik yang KESEMUANYA jauh lebih bodoh daripada aku?
Aku berfikir lama. Ada dalam lima-enam tahun.
Selepas itu aku memutuskan, aku punyai batasan dan akan cuba menjadi kaya dengan hanya menggunakan kehebatan otak aku. Aku akan cari makan dengan cara yang halal. Sekiranya aku masih miskin pada akhir percubaan atau hujung nyawa aku, maka aku terpaksa redha dan mengiktiraf bahawa mereka yang menjilat dan menghisap lubang jubur taik para ahli politik sambil lidah mereka dimasukkan jauh melepasi rectum sambil mencecah ketulan-ketulan taik di dalam usus besar sebenarnya lebih pandai daripada aku.
Sebab makan taik akan memberikan kau segala kemewahan dalam dunia ini. Mana mungkin aku akan dapat kontrak-kontrak dengan bayaran setimpal untuk kerja aku yang selalunya berlipat kali ganda nilainya daripada nilai yang tertera? Mana mungkin dunia ini adil dan menghargai seorang genius seperti aku? Terutamanya dunia Melayu yang dipenuhi berukera penjilat jubur taik yang Maha Berkuasa?
Tun Sri Lanang memasukkan kisah Hang Nadim ke dalam Sejarah Melayu sebab aku rasa dia fikir keadaan ini adalah masalah orang Melayu - takutkan orang yang bijak seperti aku. Ini juga amaran untuk orang seperti aku dan bapak aku - tiada niat yang baik yang tidak dihukum.
Bapak aku tak pernah kaya, tak pernah faham apakah maknanya menjadi seorang yang benar-benar kaya. Bagi bapak aku, RM20,000 ialah sejumlah wang yang amat besar.
Bapak aku membuka kampung tempat kami semua duduk sekarang. Bapak aku tak pernah menipu orang. Bapak aku menolong orang dan habuannya ialah kebencian dan sifat dengki mereka yang ditolong. Apabila menolong binatang, binatang akan rasa kecil sebab ditolong, sebab ada orang difikirkannya lebih mulia daripadanya, maka hasilnya ialah perasaan marah dan benci akibat ego yang mengecil.
Aku rasa, pengakhiran aku akan jadi seperti bapak aku. Aku tak heran pun. Aku dah melepaskan impian rumah banglo besar di tengah KL, atau apartment duplex mewah dengan kolam renang di dalam rumah.
Aku cuma ingin pulang ke kampung dan menjaga mak bapak aku, sekiranya mereka masih hidup. Jika tidak, aku hanya mahu balik kampung dan menunggu mati.