Adakah aku sakit gastrik sebab Tuhan mahu aku menilai semula apa yang aku buat selama ini?
Aku tak seangkuh itu untuk fikir Tuhan peduli pasal aku. Aku self-worshipper, tapi aku tak self-centered. Nampak? Tak nampak, bodoh.
Aku fikir aku sakit gastrik dengan teruk sebab aku makan tak menentu, dan aku makan Naga Jolokia, juga disebabkan tekanan daripada kerja yang menimbun.
Aku biasa bangun, lepas tu tak makan sampai pukul 6pm. Malam aku makan pukul 12 tengah malam. Aku menulis sampai pagi. Tia-tiap hari. Dulu, masa muda boleh la. Dulu boleh tiga hari tak tidur. Sekarang ni, aku tak tidur sehari, seminggu nak recover.
Aku kelakar dengan sindiran seorang rakan beberapa minggu lepas yang mencadangkan bahawa aku seorang yang hanya tau berkata-kata tanpa buat apa-apa. Aku fikir balik, dalam sepuluh tahun aku bekerja, mengerja dan dikerjakan oleh KL, aku dah buat lebih banyak daripada ramai orang dalam seluruh hidup mereka.
Dan aku cakap ini dengan penuh rasa bersyukur, bukan dengan rasa nak berlagak. Aku tau aku bernasib baik. Walaupun kerja aku menyebabkan aku masuk hospital beberapa kali sebab tekanan, aku masih tak mati dan masih mampu siapkan kerja ikut deadline.
Aku asyik gelakkan dan mencemuh orang yang buat sesuatu untuk dapat recognition. Sebenarnya, aku tak berlaku adil. Aku dulu pun buat benda untuk recognition. Aku cuma nak cakap yang recognition daripada orang lain itu hollow. Kosong. Tak berisi. Sekiranya tidak disertai dengan recognition diri sendiri.
Terima kasih atas penghargaan dan pengiktirafan itu semua, tetapi tanpa diri sendiri menghalalkan apa yang diri sendiri sudah buat, kau takkan temui kepuasan.
Setiap benda yang aku buat akan menyebabkan aku berfikir panjang. Baru-baru ni, aku edit buku. Aku belajar banyak benda baru, walaupun aku dulu pernah jadi editor kat suratkhabar, dan ilmu yang aku dapat aku harap akan menyediakan aku untuk kerja-kerja yang lain.
Kebanyakan skill sebenarnya ialah pola pemikiran. Kalau kau boleh melompat daripada satu cara berfikir ke satu cara berfikir yang lain dengan cepat dan mudah, maka lagi banyak benda kau boleh buat.
Aku pun tak tau kenapa aku tulis semua ni. Mungkin, dengan menghargai perut yang tak sakit sampai guling-guling kat atas lantai ni, aku dapat rasa satu angin baru yang bakal membawa aku menulis sampai ke pagi.