Friday, September 20, 2013

PERKOSA - PERsatuan Kahwin perOgol SAya

Dah nak masuk Perhimpunan Agung UMNO dah, November ni. Masa peniaga-peniaga kecil Melayu macam Papagomo pergi jual kain berjenama Siti Nurhaliza atau Tudung Mawi (tm) kat PWTC. Dengar-dengarnya jugak masa untuk hotel-hotel yang menempatkan perwakilan UMNO tukar tuala kepada jenis yang RM5 pasal takut kena kebas.

Masa juga untuk UMNO muhasabah diri, buat lawak, bagi laporan, undi majlis tertinggi dan menetapkan halatuju parti yang semakin popular dan menang makin banyak kerusi walaupun bebudak hipster dan bebudak normal banyak taknak sokong UMNO. Pasal apa? Pasal tak cool.

Cool ke, UMNO? Tak kot. Tak hip langsung.

Aku ada pikir gak nak bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO, pasal Wanita UMNO dah takde calon dah. Dah kering, dan bukan sebab menopause. Ketandusan penggusti yang popular, macam Diva's division dalam WWE.

Sebagai langkah permulaan, sebelum masuk Oktober pun, Najib dah umumkan peruntukan beratus juta, atau dah lebih satu billion untuk usahawan Bumiputera.

Katalah satu billion. Daripada jumlah tu, banyak mana dapat kat kroni? 70%? 90%.? Aku tak tau. Biasanya aku kira dana yang diumumkan, dan aku budget hanya 10% akan available untuk rakyat biasa macam aku. Kali ni dia cakap lain, jadi tengoklah camana dia bahagikan duit tu.

Selain isu usahawan Bumiputera, ada jugak isu Chin Peng. Aku jangka akan ada lawak jenaka dan air mata yang dititiskan atas expense Chin Peng. Yang dah mati, matilah. Aku cuma tertarik dengan apa nak jadi lepas ni.

Aku rasa takde sapa berani cabar Najib, melainkan dia sendiri nak undur. Mukhriz nak bertanding VP. KJ pun nak, gamaknya, tapi dia kena lepak dulu. Hishamuddin Tun Hussein, Nazri Aziz, dalam sampan yang sama. Bukan bot pun. Sampan. Tapi takde sapa nak masuk sampan tu, pasal tak best.

Zahid Hamidi ialah watak yang menarik, kalau ikut logik filem. Dia dulu geng Anwar, sama-sama gangster masa UM dulu. Sama-sama redah bangunan fakulti, cat tanda dalam English, suruh tukar ke BM.

Ya, Anwar, Zahid ni semua dulu nak paksa UM tukar ke BM daripada English, supaya orang Melayu miskin macam kat Baling boleh pergi universiti.

Zahid dulu geng Anwar, tapi sekarang branding dia hardliner. Jadi je Menteri Dalam Negeri, dia tangkap kiri, tangkap kanan. Silap-silap, aku kena tangkapnya.

Hishamudin Rais pun aku rasa member dia. Pun kena tangkap. A Samad Said? Sasterawan Negara? Tangkap.

So Zahid Hamidi ialah seorang hardliner? Tegas dan keras. Entah. Manalah aku tau.

Shahrizat Jalil dengan skandal NFC yang tidak diuruskan dengan baik. Kalau ada calon lain? Ada kerrr?

Senang camnilah. Aku bagitau apa orang Melayu nak. Orang Melayu yang masih boleh sokong UMNO, yang masih akan undi UMNO, nak Dr M. Bukan anak Dr M, dia nak Dr M balik. Jadi sama ada UMNO klonkan Dr M atau cari orang yang sama pandai, sama tegas, sama hebat dengan Dr M. Ada kerrr?

Perkasa ialah satu idea menarik. Ambil semua perception yang buruk dan gelap pasal UMNO, dan reka satu entiti yang mewakilkan semua kegelapan itu. Ini secara teori membolehkan UMNO berfungsi tanpa dicalit kehitaman semangat pelampau perkauman dan wanita-wanita yang ingin menjadi pelacur kelas atasan.

Bila pembangkang serang Perkasa, diorang tak serang UMNO, tapi menyerang bayang-bayang UMNO. Masalahnya? Bila Perkasa meluahkan isi hati sesetengah orang Melayu sendiri.

Ya, mamat calon Perkasa Shah Alam tu kalah, tapi tak kalah banyak sangat, kalau dikira ikut peratusan pengundi. Ada market untuk Perkasa, dan ini membimbangkan aku.

Dalam keadaan terdesak, semua jenis option akan diambilkira. Tak susah nak timbulkan kekacauan kat Malaysia ni. Dalam lima minggu ni, aku pun rasa macam nak bunuh orang. Ini aku, seorang yang amat pengasih dan penyayang. Lemah lembut, bersopan, walaupun tak gay. Bayangkan kalau beruk.

Aku ramalkan dulu yang kalau didesak, UMNO hanya ada dua pilihan - jadi PIS-M (nama sebenar PAS) atau Perkasa.

Kalau kau baca Sun Tzu, strategis perang tu tidak merekomen kau desak lawan kau (kalau kekuatan sama atau beza sedikit saja) sampai dia akan berjuang bermati-matian dengan taktik bunuh diri. Bila menyerang, sentiasa pastikan ada ruang untuk diorang berundur. Terutamanya untuk peperangan jangka masa yang lama.

Kalau untuk setiap pertempuran, kau asak habis-habisan, pasukan kau takkan mampu bertahan sampai habis perang.

Dalam komik terjemahan HK, Raja Rimba, huraian falsafah ini juga merangkumi taktik 'Tanah Terpencil'. Kau desak, hambat lawan kau sampai dia berundur ke satu kawasan yang dia fikir selamat, tapi sebenarnya kat situ ada perangkap.

UMNO bagi aku, pada masa sekarang, berada dalam keadaan tertekan. Diorang takde formula, takde idea untuk menang sokongan dan hati mamat-mamat dan minah-minah urban.

Pengumuman Najib pasal peruntukan usahawan Bumiputera pandai, sebab dia tengah memperkukuhkan akar-umbinya dahulu. Siapa nak undi UMNO? Siapa nak undi BN? Buat masa ni, sokongan UMNO dan BN hanya kuat daripada kawasan luar bandar. Kawasan bandar sebenarnya dah lama goyah, tapi bebaru ni aje BN kalah teruk kat bandar. Jadi, Najib uruskan orang Melayu luar bandar dulu.

Satu soalan je - kenapa lambat sangat?

Aku dah bagitau lama, tapi bila aku cakap, kaki-kaki bodek Najib semua cakap aku nak tunjuk pandai. Dah aku memang pandai, nak buat cemana? Nak sorok pun tak boleh. Diorang insecure pasal diorang bodoh.

Okaylah. Better late than never, kata orang Kuantan.

Lepas tu? Apa?

Kalau aku Najib, aku akan teruskan buat benda-benda positif je. Bangunkan orang kampung, improve public transport supaya Melayu semua boleh duduk kampung - menatang bullet train tu tak jadi ke? Nak jugak aku duduk luar KL, kerja kat KL. Bangunkan zon-zon ekonomi supaya boleh cari makan kat luar KL. Benda-benda biasalah.

Pembangkang? Well, beberapa perkembangan menarik kat kem pembangkang. PIS-M ada schism, ada selisih, dengar khabarnya. Ada kaum tua dan kaum muda. Dua-dua bertelagah pasal siapa lebih Islam, siapa lagi terer. Ramai kaum muda kalah pilihanraya, menunjukkan orang PIS-M nakkan perisa yang kuat. Kalau extremist, nak extremist betul-betul, taknak yang progresif ni semua.

PKR bosan nak mampus. Drama apa ada kat PKR? Lepas GE, diorang ambik jalan bodoh nak buat rally tiap-tiap minggu. Aku dah cakap, suruh buat rally sekali setiap suku tahun. Kalau buat tetiap minggu, maksudnya kau penatkan manpower ko sendiri, dan ko buat orang bosan dengan rally.

Dua minggu bolehlah, nak turun full force. Lepas tu? Orang Malaysia ni malas. Dan yang tak malas, ada banyak kerja nak buat la, bro. Sibuk. Takde masa nak jaga bulu puki ko je setiap masa.

DAP takde dengar khabar berita, melainkan Lim Guan Eng nak ban Tanda Putera itu hari. Menggelabah nak mampus.

Terang-terang lah, GE14 nanti, UMNO vs DAP. Melayu vs Cina. Sama macam GE13, tapi lebih jelas dan nyata. Yang lain kacau je, kerjanya.

Jadi apa hal Perhimpunan Agung UMNO kali ni?

Entah.

Aku harap ada drama. Muhyidin cabar Najib ke, Ku Li ke, Barack Obama ke. Kalau jadi, UMNO akan hancur sebab keadaan diorang macam telur di hujung tanduk.

Aku saja tulis kat sini supaya aku senang sikit tidur.