Monday, April 1, 2013

Membeli-Belah di Hujung Minggu

Sabtu lepas, aku shopping. Aku benci shopping. Bagi aku, shopping ni adalah aktiviti menyeksa diri sendiri untuk cari benda yang mungkin takde.

Contoh, bila aku shopping baju, aku cuma nak baju yang selesa, warna hitam, maroon, kelabu, olive-drab, navy blue dan kadangkala oren. Aku taknak kaler pastel, turqoise, aquamarine, kumquat, baby blue hapakejadah.

Pattern aku nak simple. AKu taknak bunga, aku taknak statement, aku taknak hapa lancau. AKu nak kualiti kain yang bagus. Ko nak letak gambar Tupac ke, gambar Snoop Dog ke, Ludacriss ke, aku pedulittaik.

Baju aku tak melambangkan aku langsung. Konek aku melambangkan diri aku yang sebenar. Berdiri tegak seperti tiang bendera di tengah kekalutan dunia.

Samalah macam pergi shopping benda lain, macam aku pergi shopping fryer itu hari. Last year, aku nak beli dryer Electrolux mechanical. Aku taknak yang elektronik, pasal aku nak pakai appliance yang robust - kalau aku hentak dengan Tombstone Piledriver pun, dia masih berfungsi.

Aku cari dua minggu kot, jumpa la sebijik kat Harvey Norman. Punyalah payah.

Sabtu lepas, aku terpergi Ikea, ikut orang shopping. Terbeli la pulak rak buku Billy.

Rak ni, lebih dalam dan besar daripada rak buku Billy yang aku dah ada dulu. Aku angkat dua bijik.

Lepas tu, aku beli benda ni:

Ini rak Expedit. Sesuai untuk satu ruang kat rumah aku.

Pastu aku cari rak kasut. Ada satu rak ni, RM9.90 je. Tapi tetiba aku ternampak benda alah ni kat As Is (barang dah damaged/kena return):

Harga RM70 je. Pasal kena reject. Aku beli dua. Hahaha.

Kalau sebelum ni, rumah aku macam tempat lambakan sampah yang super hebat, sekarang dah teratur dan kemas. Rak Billy original aku, aku letak dalam 'office'. Pastu rak Billy hitam dua bijik aku letak kat luar, kat ruang tamu.

Perlu diingat - Ikea ni kira perabot murah. Tak tahan lama, melainkan kau sanggup jaga. Aku memang jaga. Meja dengan kerusi Jokkmokk aku, sampai sekarang masih elok. Aku bukan ada bebudak kecik main panjat-panjat lepas tu terjun dari kerusi untuk patahkan kerusi tu, dan diri sendiri.

Bagi aku, Jokkmokk yang aku beli dua tahun lepas, adalah set meja makan dan kerusi terbaik untuk harga yang rendah:

Ko bayangkan kerusi X 4 dengan meja, dapat RM395 je. Kalau set lain, meja sahaja dah RM500 lebih.

Pastu, aku ingat nak beli ni:


Tapi rasa cam tak perlu, jadi aku beli benda alah ni yang lagi murah:

Ko kira la, upah pasag menda alah ni - RM3.99. Kalau aku pasang, mau sehari dua, pasal payah. Hahahaha! Brader tu cakap, biasa diorang tak pasang benda ni, tapi sebab aku beli banyak, okaylah.

Aku memang tak suka shopping, tapi kali ni, memang perlu sebab rumah aku dah macam tempat orang gila bekerja. Bu next week, aku rasa aku akan selesai menyusun semua buku dan dokumen aku.