Saturday, February 2, 2019

Ulasan Filem: Bella & Jamie (FEATURING LISA MANOBAN)

Bella & Jamie ialah filem yang teruk. Watak satu dimensi yang tidak dikembangkan dengan sempurna, seorang sahaja lelaki muda yang wujud dalam dunia Bella & Jamie untuk Bella atau Jamie jatuh cinta, Bella dan Jamie yang hanya bercakap pasal lelaki dalam hidup mereka dalam hampir setiap babak dan - YANG PALING MENJENGKELKAN - babak-babak animasi yang menceritakan semula apa yang terjadi dalam skrin untuk mereka yang benar-benar dangkal.

Sketsa-sketsa animasi ini seperti satu tukul yang menghentam kepala penonton. Contohnya, Jamie terjaga dan ternampak ex-boyfriend dia call Bella dan panggil dia sayang. Tetiba ada animasi yang ceritakan segala isi hati Jamie. Nampaknya macam memek muka Jamie saja tidak cukup? Malah, sketsa animasi digunakan beberapa kali untuk menerangkan benda yang sudah jelas.

Contoh penggunaan elemen seperti itu yang bagus kita sering nampak dalam siri TV Korea Selatan seperti Real Men 300:


Dalam snippet di atas, Lisa takut-takut sebab baru masuk kerahan tenaga. Sebagai orang Siam, dia juga tidak begitu fasih Bahasa Korea. Kadet lain juga takut-takut, jadi beberapa animasi digunakan untuk accentuate atau 'menimbulkan' benda ini. Kesan animasi yang sedikit ini tidak mengulang, tetapi menguatkan atau mencadang apa yang terjadi.

Sketsa animasi Bella & Jamie hanya ada pada permulaan cerita dan pada penghujung sekali cerita. Amat tidak perlu.

Bella & Jamie juga satu filem yang mengisahkan gadis 'girly girl' atau kegadisan dan tidak empowering atau memperkasa kendiri seperti Gol & Gincu 2. GG2 mengisahkan pasal isu-isu semasa gadis dan wanita muda, manakala Bella & Jamie pasal kahwin-cerai mak Bella dan bapak Jamie, macam filem Parent Trap in reverse.

Kalau nak buat kisah 'girly girl', Blackpink ialah satu kumpulan penyanyi Korea Selatan dengan semua ahlinya menonjolkan sifat girly girl, menurut seorang pon-err-pengomen tersohor Twitter.

Saya kongsi video Blackpink House episode 7. Pada awal episod, kita dapat cadangan yang Lisa dan seorang lagi tidaklah mesra sangat antara satu sama lain, jadi mereka keluar untuk cuba acara memanah dan kemudian bermain trampolin.



Ini episod penuh dengan sarikata Bahasa Inggeris:



Kedua-dua watak Lisa dan seorang lagi ada personaliti tersendiri walaupun kedua-duanya feminin.

Kalau dilihat pada GG2, watak Diana Danielle dan Ummi Nazeera - Zak dan Yaya - pula memang mempunyai personaliti berbeza, menjadikan senang untuk anda berasa empati kepada mana-mana yang lebih dekat kepada hati *cough* Diana Danielle *cough*. (Boleh tengok Gol & Gincu 2 di saluran Astro First sekarang!)

Tambahan pula, beberapa rakaman babak Bella & Jamie keluar fokus atau fokus pada benda salah. Framing juga lari.

Anyway, saya nak demam ni sebenarnya, mungkin sebab kerja keras sangat, jadi saya akhiri dengan video yang agak creepy ini:



Bella & Jamie: 1/5 Stars
Blackpink: 5/5 (untuk Lisa)