Monday, February 28, 2011

Kisah Leftenan Jurutulis yang Terlampau: Langkawi

Aku pergi buat research kat Langkawi. Baru balik ni. Penat pun tak abis lagi. Baru je sampai rumah dalam 10 minit.

Aku blah KL Jumaat malam Sabtu. Ingat nak naik keretapi, tapi keretapi sudah penuh. Tanya kat minah kaunter maklumat kat KL Sentral. Ada bas ke Alor Setar, tapi kat Hentian Duta.

Teksi!

Hentian Duta. Ambik bas pukul 11.30. Bertolak pukul 12 tengah malam. Sampai di Alor Setar pukul 6 lebih.

Breakfast roti je beb, member aku hentam Maggi, kat luar jeti Kuala Kedah sambil tunggu feri pertama jalan pukul 7.15 pagi.

Sampai kat Langkawi pukul 9 pagi. Terus sewa kereta, start buat kerja. Tak tidur lagi ni.

Boom bang, bumbang, kongkang, sampai pukul 6.30 petang. Baru cari bilik. Letak je beg, aku terus cari massage.

Pilih punya pilih, aku masuk la satu rumah urut ni. Tengah ready je nak kena massage, masuk la tukang urut. Jantan siut! Haram jadah betul. Aku nak kensel, dia hantar orang lain. Perempuan la.

Balik ke bilik pukul 7 lebih. Bangun pukul 8 malam. Aku ronda satu Langkawi, dibawak dek seorang Beach Boy. Memang gila babi la dia cerita, pumpang, pumpang.

"Ini hospital ni, kalau dia bangkit, gabung dengan jeti tu, jadi Ultraman."

Aku: Oooo.

Beach Boy: Ko ni, Bond ka?

Aku: Barry Bonds?

BB: Tak. James Bond la. Piew! Piew!

Aku: Ooo. Takdak aih. Aku orang biasa ja.

Aku keluar pukul 8 malam tadi, aku balik pukul 3 pagi baru sampai bilik.

Tidur, bangun pukul 8.30 pagi. Check out, keluar ronda satu kali lagi.

Balik ke jeti pukul 4 petang, ambik feri pukul 4.30, sampai ke Kuala Kedah pukul 6.

Naik keretapi pukul 7.45 malam. Gila best, keretapi ada katil. Syok tidur kat dalam tu. Sampai di KL pukul 5.30 pagi.

Lepak-lepak kejap, balik.

Sampai kat apartment aku ni, aku kena tulis dan habiskan something, hantar pukul 12, kalau boleh.

Gila betul kehidupan aku ni.