Saturday, May 2, 2009

Malaysia = Nigeria

Wah! Sekarang scammers ada dari Malaysia siut! Kita dah setaraf Nigeria. Malaysia Boleh! Aku dapat ni kat dalam e-mail:

ASSALAM-ALAIKUM!

Saya mrs Katijah Siti berasal dari malaysia dan sekarang saya bekerja di UK.Ada perkara penting ingin saya maklumkan. saya harap anda akan cuba fahami tentangbisnes ini. Produk Ini di panggil Saphire Blue Stone, ia adalah sejenis mineral. Ia di gunakan untuk cincin, rantai, jubin marmar. dan barangan berharga lainyang terkenal di dunia.
Sebelum ini syarikat saya bekerja mendapatkan bekalan produk ini dari seorang pembekal dari Dubai.Dan saya di maklumi dari salah seorang kenalan yang bekerja dengan pembekal tersebut mereka mendapat bekalan daripada seorang wanita yang berada di malaysia dengan harga yang murah.

Dan menjual kepada syarikat yang saya bekerja dengan harga yang tinggi.Tapi sekarang lelaki yang membekalkan produk tersebut mengalami sakit tenat kerana kecelakaan jalan raya. Dan dia tidak dapat membekalkan lagi produk tersebut. Pihak syarikat memerlukan bekalan tersebut dengan segera.

Saya sekadar cuba nak bertanya, adakah anda berminat untuk melakukan urus niaga ini? ini kerana saya ada nombor telefon agen dari malaysia tersebut. saya kalau boleh tidak mahu agen dari malaysia tersebut berhubung terus dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di pihak mereka sahaja.

Jika anda bersetuju Ini bermakna anda akan menjadi orang tengah antara syarikatsaya bekerja dengan agen dari malaysia. Produk ini boleh didapatkan di malaysiapada harga 6250 usd per kg. Dan apa yang saya tahu selama ini bos saya membayar pembekal tersebut pada harga 11,500 usd per kg. Ini adalah peluang yang baik.

Jika anda berminat,saya akan sertakan no telefon agen tersebut di email akan datang. Jadi anda boleh cuba hubunginya untuk dapatkan maklumat produk tersebut ( saphire blue stone) masih bolehdidapati dari dia dalam masa yang terdekat. Saya akan hubungkan anda terus dengan CEO syarikat selepas dapat persetujuan dari anda..
Sila hubungi sayabalik selepas anda menerima email ini untuk maklumat lanjut.

Yang Benar.

Katijah Siti.


Saphier Blue Stone? Produk?

Sapphire tu bukan produk la, bahlul! Dan memang la sapphire tu batu biru. Saphire Blue Stone sama macam cakap, Lembu Haiwan Ruminan. Atau Anwar Ibrahim Gay. Salah tu! Redundant!

Jadi, akupun reply lah e-mail ni:


Cik,

Jangan buat macam ni. Sayalah agen yang mengalami kecelakaan jalan raya itu.

Jangan hentikan mata pencarian saya dan keluarga saya. Tolong jangan sabotaj.

Saya dah hampir jadi jutawan, tapi kecelakaan jalan raya tersebut telah membuatkan saya pekak. Saya menangis setiap hari sampai saya buta.

Lepas tu, saya pergi ke Singapura dan saya main kuda sampai habis semua duit. Kemudian, saya tinggal bawah rumah orang.

Lepas itu, isteri saya tinggalkan saya. Saya cari dia di Pulau Pinang. Saya dapati, dia sudah kahwin sama seorang doktor. Pasal dia pelacur. Perempuan yang hanya inginkan uang dan perempuan.

Saya pun berlatih dengan Setan Kuning dan jadi Si Buta Dari Gua Hantu.

Selepas mendapat Sabuk Badak dan Condek Emas, saya kembali berniaga 'Saphire Blue Stone' demi menjaga anak saya, Sazali.

Saya baru saja kembali dalam bisnes ini. Tolong jangan taburkan pasir ke dalam periuk nasi saya.

Terima kasih.